5,000 Petugas Petronas Akan Diberikan Notis Hujung Tahun Ini

5,000 Petugas Petronas Akan Diberikan Notis Hujung Tahun Ini

Oh! Negara

Petronas bakal kurangkan 5,000 kakitangan susulan cabaran harga minyak global.


Situasi industri minyak yang semakin mencabar memaksa Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil langkah drastik apabila bakal mengurangkan kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerjanya, melibatkan lebih 5,000 kakitangan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, langkah ini diambil bagi menstruktur semula syarikat di bawah inisiatif Petronas 2.0 yang memfokuskan kepada operasi lebih kecil, tangkas dan menguntungkan dalam jangka panjang.

Petronas 2.0 akan diuruskan secara berbeza, dikelolakan secara berbeza, akan mempunyai proses kerja berbeza, dan bagi mencapai matlamat itu kita perlu mengemaskan proses kerja.- Jelas beliau dalam satu taklimat media.

Pengurangan ini akan dimaklumkan kepada kakitangan terlibat menjelang hujung tahun ini.

Keuntungan menyusut, harga minyak dunia turun…

Petronas

Walaupun harga minyak pernah mencecah AS$100 setong, realiti semasa menunjukkan penurunan kepada hampir AS$65, menjejaskan margin keuntungan syarikat.

Malah, Petronas mencatatkan keuntungan bersih RM55.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, merosot 31.7 peratus daripada tahun sebelumnya.

Margin ini akan terus menyusut lagi dan lapangan minyak akan menjadi lebih kecil.- Tambahnya.

Kerjasama Petronas dengan Petros Sarawak…

Dalam perkembangan lain, Petronas turut kekal terbuka untuk perbincangan bersama Petroleum Sarawak Bhd (Petros) bagi memperkukuh kerjasama di negeri itu.

Deklarasi Bersama yang ditandatangani pada 21 Mei lalu menyatakan peranan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 kekal, namun Petros kini dilantik sebagai agregator gas berkuat kuasa 1 Mac 2025.

Pssttt! Dunia pekerjaan hari ini semakin mencabar, lebih-lebih lagi dalam sektor yang terdedah kepada ketidaktentuan pasaran global. Apapun, jumlah 5,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan bukanlah angka yang kecil. Harap nasib mereka terbela.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top