am@hmetro.com.my
Mersing: Seramai 52 orang terselamat dalam kemalangan membabitkan bas ekspres, dua treler dan Perodua Alza di Jalan Jemaluang berhampiran Risda Sungai Ambat di sini
di sini, awal pagi tadi.
Menurut Komander Operasi Kanan, Abdul Muiz Mukhtar, mangsa cedera termasuk dua pemandu treler, serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
“Pemandu Perodua Alza tersepit di tempat duduknya, dan berjaya dikeluarkan oleh bomba, dengan menggunakan peralatan khas, manakala, 46 orang dalam bas ekspres terselamat.
“Mangsa yang cedera dibawa ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, operasi sejak 5.38 pagi itu ditamatkan pada 6.04 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd