5,725 kes baharu, tertinggi setakat ini

Dr Noor hisham

Kuala Lumpur: Kes positif baharu COVID-19 mencatat angka tertinggi baharu apabila sebanyak 5,725 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memuat naik statistik itu di media sosial, berkata kes kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 203,933.

Selain itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini sebanyak 45,478. Sebanyak 5,268 daripada sejumlah 5,725 kes positif yang dilaporkan hari ini adalah penularan tempatan manakala tujuh membabitkan kes import

Sebanyak 301 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 16 kes kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 733 kematian setakat ini. Pada masa sama, sebanyak 3,423 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.

Malay News
National desk