6 dalang pecah rumah ditahan

6 dalang pecah rumah ditahan

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Polis menahan enam lelaki yang mendalangi kejadian pecah pecah menerusi empat tangkapan berasingan di sini, tengah malam tadi.

Tangkapan dilakukan jam 12.30 tengah malam itu membabitkan suspek berusia 20 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tangkapan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan tengah hari kelmarin daripada wanita warga emas berkaitan kediamannya dipecah masuk pada Jumaat lalu.

Katanya, menerusi kejadian itu, warga emas berkenaan mengalami kerugian RM2,500 selepas sebuah motosikal dilarikan serta beberapa barangan lain.

“Susulan itu bertindak atas maklumat, polis menahan seorang suspek sebelum membawa kepada tangkapan lima lagi suspek menerusi empat siri tangkapan berasingan pada hari yang sama.

“Hasil tangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa barang kes yang dicuri dalam kejadian pecah rumah pada Jumaat lalu termasuk enjin air dan kusyen kereta.

“Semakan rekod mendapati lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah dan empat suspek positif dadah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top