hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini, berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan, hari ini.
Mereka dilihat keluar daripada perkarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, selepas lebih dua jam dirakam keterangan berhubung siasatan kes terbabit.
Toyota Vellfire membawa tiga penyampai berkenaan iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani dilihat keluar pada 1.10 tengah hari tanpa menyapa wartawan yang menunggu di luar sejak pagi tadi.
Dipercayai tiga kakitangan lain yang turut dirakam keterangan menaiki kenderaan berasingan.
Terdahulu, tiga penyampai radio berkenaan tiba di Bukit Aman kira-kira 10.30 pagi untuk membantu siasatan lanjut.
Sebelum ini media melaporkan, enam individu termasuk penyampai stesen radio swasta itu akan diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, proses rakaman keterangan akan dijalankan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan sehingga pagi ini, sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.
Semalam, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung kakitangan stesen radio EraFM didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.
Namie, Munabella isi ‘kekosongan’ 3 Pagi Era
Trio penyampai radio tiba di Bukit Aman
Azad mohon maaf, mengaku salah
Trio segmen 3 Pagi Era antara 6 individu diambil keterangan hari ini
Tiga pengacara radio Era FM disiasat, sudah terima 6 laporan – Polis
Astro Audio rehatkan Nabil, Azad dan Radin
Isu penyampai radio persenda upacara agama: Fahmi arah MCMC panggil Astro
© New Straits Times Press (M) Bhd




