6 Rakyat Malaysia Di Penjara Narathiwat Diberi Makanan Halal Tiga Kali Sehari | Oh! Media
Dilaporkan 6 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Narathiwat diberikan layanan sama rata tanpa mengira kewarganegaraan.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap Penjara Wilayah Narathiwat yang memaklumkan situasi melibatkan 6 tahanan dari Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, kesemua tahanan beragama islam dibenarkan untuk solat dan diberi makanan halal yang disediakan oleh tukang masak beragama Islam sebanyak tiga kali sehari.
Banduan Islam dibenarkan menutup aurat
Bagi banduan wanita Islam, mereka dibenarkan memakai tudung dan berbaju lengan panjang.
Mereka kini ditempatkan di sel tahanan sementara dan dipisahkan antara lelaki dan perempuan kerana kes mereka masih dalam peringkat siasatan lanjut.
Keluarga dibenarkan melawat
Justeru itu, pihak penjara menafikan tuduhan kononnya tahanan menerima layanan buruk dan dilayan secara kejam. Keluarga juga dibenarkan untuk datang melawat seminggu sekali.
Penjara ini baru sahaja 4 tahun beroperasi dan segala kemudahan masih baik berbanding penjara lama di tengah bandar Narathiwat.