6 remaja lemas dihanyut arus deras ketika berkelah

6 remaja lemas dihanyut arus deras ketika berkelah
6 remaja lemas dihanyut arus deras ketika berkelah

Enam remaja perempuan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di wilayah Aceh, Indonesia.

JAKARTA – Enam remaja perempuan berusia antara 14 hingga 15 tahun lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di wilayah Aceh, Indonesia.

Pelajar daripada pesantren Dayah Nurul Huda itu sedang mandi di Sungai Krueng Cot Kuala di Daerah Pidie pada Ahad apabila salah seorang daripada mereka seolah-olah ditarik ke dalam air.

“Lima yang lain cuba menyelamatkannya tetapi turut dihanyutkan,” kata Ketua Pejabat Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Banda Aceh, Al Hussain dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat menemukan lima mayat pada petang Ahad, manakala mangsa terakhir ditemukan mati lewat Isnin kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian selepas operasi menyelam dijalankan.

“Mayat telah dibawa ke Pusat Kesihatan Tangse dan diserahkan kepada keluarga,” kata Al Hussain.

Misi mencari dan menyelamat itu melibatkan polis, tentera, pegawai agensi bencana, sukarelawan serta penduduk tempatan bersama Basarnas. – Bernama

 

 

Scroll to Top