6 warga Malaysia ditahan di Kemboja, cuba seludup ganja ke UK

6 warga Malaysia ditahan di Kemboja, cuba seludup ganja ke UK
Kesemua suspek ditahan pada 16 Julai oleh Jabatan Anti-Dadah Kemboja dengan kerjasama pihak kastam dan pihak berkuasa lapangan terbang. Foto hiasan

Kesemua suspek ditahan pada 16 Julai oleh Jabatan Anti-Dadah Kemboja dengan kerjasama pihak kastam dan pihak berkuasa lapangan terbang. Foto hiasan

PHNOM PENH – Enam rakyat Malaysia ditahan oleh pegawai anti-narkotik Kemboja selepas disyaki cuba menyeludup hampir 62 kilogram ganja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh ke United Kingdom (UK).

Akhbar The Phnom Penh Post pada Rabu melaporkan bahawa kesemua suspek ditahan pada 16 Julai oleh Jabatan Anti-Dadah Kemboja dengan kerjasama pihak kastam dan pihak berkuasa lapangan terbang.

Menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Mahkamah Wilayah Phnom Penh, bahan terlarang itu dijumpai tersembunyi dalam empat bagasi dan mereka dipercayai merancang untuk berlepas ke London menerusi Hong Kong.

“Selepas meneliti dokumen kes, pihak pendakwa raya telah mendakwa enam suspek terbabit atas kesalahan menyeludup ganja di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh,” kata jurucakap itu seperti dilaporkan media.

Mereka akan didakwa di bawah Artikel 40 Akta Kawalan Dadah Kemboja. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top