600 pelajar B40 mangsa banjir Kedah terima sumbangan MARA Corporation

KUALA LUMPUR – Seramai 600 pelajar dari golongan B40 yang terkesan akibat banjir di Baling, Kedah baru-baru ini menerima sumbangan tunai daripada Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp) menerusi Program Penyelarasan MARA [email protected]

Sumbangan bernilai RM45,000 diserahkan oleh Pengerusi MARA Corp, Datuk Othman Aziz bersama Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Mohd Razman Yaacob.

Penyerahan sumbangan daripada Kumpulan MARA Corp dilakukan di tiga buah sekolah yang melibatkan 300 pelajar sekolah rendah dan menengah.

Program Penyelarasan MARA [email protected] merupakan kerjasama antara Pejabat MARA Negeri (PMN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Baling, anak syarikat serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Objektifnya adalah menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian kepala air dan banjir buruk ini.

Dalam masa yang sama, PMN Kedah juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan penilaian situasi banjir bagi mengenal pasti keadaan mangsa banjir temasuk rumah dan infrastruktur awam seperti sekolah, surau dan lain-lain melalui program tersebut.

Tiga fasa permulihan telah dijalankan bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut antaranya proses pembersihan, agihan makanan dan keperluan serta kerja pembaikan rumah.-MalaysiaGazette