6,123 mangsa banjir di lima negeri malam ini

6,123 mangsa banjir di lima negeri malam ini

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 6,123 mangsa banjir berlindung di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, setakat 8.51 malam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir itu direkodkan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan Johor.

Terengganu mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,486 orang membabitkan 1,296 keluarga dengan 28 PPS dibuka di daerah Kemaman dan Dungun.

Di Kelantan pula, seramai 288 mangsa daripada 71 keluarga dipindahkan di tiga PPS di Gua Musang.

Sementara itu, di Johor, seramai 155 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Segamat dan Tangkak.

Sejumlah 160 mangsa daripada 46 keluarga di Pahang ditempatkan di enam PPS di Maran, manakala 34 mangsa daripada 11 keluarga di Perak dipindahkan ke satu PPS di Perak Tengah.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir dijangka melanda negara bermula semalam hingga 14 Disember ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top