7 Cara Mudah Bagi Miliki Jawline Bak Angelina Jolie. Kena Rajin Sebut A,E,I,O,U! – Hijabista

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Apabila melihat Angelina Jolie, pastinya mata kita akan tertumpu kepada rupanya yang jelita selain memiliki tulang rahang atau jawline yang cantik di wajahnya.

Sebenarnya, kita juga boleh memiliki jawline yang cantik sepertinya cuma samada kita rajin atau tidak sahaja berusaha untuk mendapatkannya. Mudah jelah sis! Cuba ikut 7 langkah mudah di bawah ini kalau nak jadi cantik macam Angelina Jolie.

1. Praktis menyebut huruf ‘A, E, I, O ,U ‘ setiap pagi dan juga malam sebanyak 40 kali. Kena rajin lakukan senaman ini kalau nak lihat wajah korang jadi kurus.

2. Sebut huruf  X dan O sehingga korang membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Kalau korang nak tahu, senaman X-O merupakan senaman muka yang sangat famous.

3. Senaman tepuk dagu. Tepuk dagu korang dgn menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali.

4. Ini dinamakan senaman korea. Sebut Ma Me Mi Mo Mu sebanyak 10 kali. Teknik ini menguatkan otot muka dan juga bibir.

Photo by Oleg Magni from Pexels

5. Senyum lebar sambil menutup rapat bibir dan tahan selama 15 saat. Kemudian lakukan senyuman lebar dgn menampakkan semua gigi korang dan tahan selama 15 saat.

6. Tutup mulut dan kembungkan kedua pipi. Korang tahan selama 5 saat. Kemudian, korang lakukan pada pipi kanan dalam kiraan yang sama dan ulang langkah ini beberapa kali.

7. Bentukkan bibir korang seperti huruf O. Buat beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan hingga senyuman korang jadi selebar-lebarnya. Ulang beberapa kali okay.

Macam tidak logik pula caranya namun jangan pandang rendah sis kerana ramai dah berjaya selepas mencubanya. Amalkan secara konsisten dan anda pasti akan dapat lihat kesannya nanti.

kredit: twitter @Detox_Glow