7 individu berkumpul di hadapan Kedutaan AS sudah dirakam keterangan

7 individu berkumpul di hadapan Kedutaan AS sudah dirakam keterangan

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tujuh individu yang berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan U-Thant di sini kelmarin sudah dirakam keterangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan dipercayai bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.

“Kita akan cuba lengkapkan seberapa segera, tapi keputusan sama ada pendakwaan atau sebaliknya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara nanti.

“Kita akan cuba rujuk kertas siasatan dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan tujuh individu yang berkumpul di Kedutaan Amerika Syarikat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilapor berkata, perhimpunan dipercayai bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengecam Israel.

Difahamkan, kumpulan terbabit berkumpul di pintu belakang bangunan berkenaan selama kira-kira satu jam sebelum mereka ditahan polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top