7 tahun kahwin tanpa zuriat, Hazama dan isteri tetap bahagia

7 tahun kahwin tanpa zuriat, Hazama dan isteri tetap bahagia

Walaupun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata, penyanyi Hazama memberitahu kehidupan bersama isterinya, Genervie Kam tetap bahagia.

Menurut laporan mStar, Hazama atau nama lengkapnya Hazama Ahmad Azmi, 40, berkata sudah reda dengan kententuan tuhan dan hanya berserah kepada Allah berkaitan rezeki zuriat.

Ujar Hazama, isterinya pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun usaha tersebut masih belum membuahkan apa-apa hasil.

Hazama

Hazama

“Anak itu saya serah pada Allah, kalau ada… Alhamdulillah, jika tidak saya okay saja.
“Sedih itu ada tapi saya seorang yang reda. Kalau soalan ini ditanya kepada orang perempuan mungkin lebih sensitif tapi kami masih mencuba.
“Saya sebenarnya pernah buat proses IVF sebelum ini tetapi ada masalah jadi saya rasa membazir kalau buat lagi kerana saya juga perokok, jadi saya berpegang pada rezeki Tuhan,” katanya.

Pelantun lagu Aku Mahu Dia itu turut mengakui kesibukkan bekerja menjadi punca proses IVF sebelum ini gagal.

Malah, dia memberitahu isterinya mempunyai risiko untuk hamil kerana pernah mempunyai sejarah mengandung luar rahim.

Artikel lain: Kini di Tanah Suci, Fattah Amin titip doa buat mangsa banjir

Hazama

“Komitmen isteri dan saya buatkan kami tak ada masa yang terbaik untuk kami relaks dan bersedia.
“Ketika proses itu kita tak boleh stres tapi isteri saya seorang yang sibuk sampai dia terpaksa ditahan di wad hospital tempoh hari gara-gara burn out.
“Isteri saya juga pernah mengalami kandungan luar rahim, jadi doktor juga maklum ada risiko,” jelasnya.

Bagaimanapun, Hazama dan isteri tidak pernah kesepian kerana memiliki ramai anak buah yang sentiasa menghiburan kehidupan harian mereka.

“Saya juga mempunyai anak saudara, mereka membesar dengan saya dan duduk di rumah saya.
“Saya rasa selesa dikelilingi budak-budak cuma saya tak perlu fokus tanggungjawab itu lebih sangat. Album Pujangga inilah anak saya,” katanya.

Sekadar info, Hazama dan Genervie Kam mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017.

Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)

Scroll to Top