7 terperangkap dalam ladang sawit

7 terperangkap dalam ladang sawit

zatuliffah@hmetro.com.my

Chukai: Tujuh individu yang terperangkap di dalam ladang kelapa sawit di Jalan Batu Putih di sini, berjaya diselamatkan, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, mereka yang diselamatkan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua lelaki warga asing.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 5.23 petang sebelum 12 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Kita berdepan kesukaran kerana arus banjir terlalu laju dan terpaksa menggunakan tali untuk membawa mangsa keluar dengan selamat.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan jam 8 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top