8 Tahun Diasak Soal Anak, Aprena Manrose Faham Perasaan Duka Janna Nick – “Sakitnya Hati Ni, Ingat Kami Tak Usaha?”

8 Tahun Diasak Soal Anak, Aprena Manrose Faham Perasaan Duka Janna Nick – “Sakitnya Hati Ni, Ingat Kami Tak Usaha?”

Pelakon, Aprena Manrose turut terkesan dengan luahan hati rakan selebriti, Janna Nick yang sering disoal mengenai zuriat.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, meluahkan rasa benci terhadap sikap segelintir pihak yang tidak berfikir terlebih kenyataan mereka.

Lapan tahun mendirikan rumah tangga, Aprena berkata dia dan suami mempunyai usaha untuk mendapatkan zuriat namun berharap agar orang ramai berhenti bertanya mengenai topik sensitif tersebut.

“Aku benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda. Aku faham apa yang Janna rasa sebab aku lagilah, lapan tahun tahan dengan mulut orang.

“Sakitnya hati ini, Allah je tahu. Ingat kami tak nak ke? Ingat kami tak usaha ke? Tu semua kerja Tuhan lah. Tolong jangan nak tanya-tanya dah, haa aku baran la ni,” tulisnya.

Janna Nick terkilan apabila ada individu tidak bertanggungjawab memfitnah suami tercintanya, Dini Schatzmann mempunyai hormon wanita lebih menjadi punca mereka tidak dikurniakan zuriat.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat

Scroll to Top