Satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan bahawa 84% hartawan Islam di seluruh dunia berminat untuk membeli hartanah di Makkah dan Madinah.
Memetik laporan KSA Report, kajian yang dijalankan oleh firma hartanah British, Knight Frank, menunjukkan bahawa 82% lagi berminat untuk melabur di Arab Saudi secara keseluruhan.
Nilai keagamaan antara sebab utama

Makkah dan Madinah adalah dua kota suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Melalui kajian ini, banyak pembeli tertarik untuk memiliki hartanah di lokasi ini kerana hubungan mereka yang mendalam dengan nilai keagamaan dan keinginan untuk tinggal dekat dengan masjid-masjid suci seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Dianggarkan hartawan Islam yang mempunyai nilai kekayaan bersih lebih daripada $2 juta atau $3 juta tertarik di kawasan Makkah, kajian ini juga menunjukkan bahawa hampir separuh (48%) merancang untuk menggunakan hartanah mereka di Makkah sebagai kediaman pilihan utama.
Arab Saudi yang semakin moden dan terbuka

Dalam kajian ini juga mendapati, pelan Visi 2030 Arab Saudi banyak mempengaruhi hartawan Islam ini. Visi 2030 bertujuan untuk memodenkan negara Arab Saudi dan mempelbagaikan ekonominya.
Pembaharuan yang dibawa melalui pelan ini adalah termasuk membenarkan wanita memandu dan bekerja, membuka teater, dan melonggarkan sekatan terhadap pergaulan antara jantina di tempat awam.
Melalui pelan ini banyak hartawan Islam mula melihat Arab Saudi sebagai negara yang membangun dan peluang untuk tinggal lebih dekat dengan pusat keagamaan sambil menikmati kemudahan moden.





