“8A Dari 10 Subjek Dengan CGPA 3.96” – Norman Hakim Bersyukur Anak Raih Keputusan Cemerlang | Oh! Media

“8A Dari 10 Subjek Dengan CGPA 3.96” – Norman Hakim Bersyukur Anak Raih Keputusan Cemerlang | Oh! Media

Pelakon Norman Hakim baru-baru ini telah menghadiri pertemuan dengan guru Maria Danisha untuk menyemak pencapaian akademik anaknya.

Norman meluahkan rasa syukur dan bangga kerana Danisha telah memperoleh 8A daripada 10 subjek yang diambil.

Ini menjadikan Danisha meraih pointer CGPA 3.96 secara keseluruhan. Katanya, pencapaian ini lebih baik berbanding peperiksaan sebelum ini di mana Danisha mendapat 5A.

Sebagai bapa, pelakon ini berharap anaknya dapat mengekalkan momentum untuk semua subjek yang diambil sehingga peperiksaan akhir tahun.

Difahamkan, Maria Danisha akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan. Semoga terus berjaya!


Scroll to Top