9 penumpang sukar bernafas, pintu pesawat terbuka ketika mendarat

9 penumpang sukar bernafas, pintu pesawat terbuka ketika mendarat

SEOUL – Sembilan penumpang mengalami kesukaran bernafas selepas sebuah pesawat Korea Selatan mendarat dengan pintunya dibuka, lapor agensi berita Yonhap.

Kejadian itu berlaku ketika dalam penerbangan dari lapangan terbang di Pulau Jeju pada jam 11.49 pagi ke Daegu dan mendarat pada jam 12.45 tengah hari.

Pesawat itu mendarat di landasan lapangan terbang Daegu dengan pintu terbuka.

Daripada 194 penumpang di dalam pesawat itu, tiada siapa yang cedera, tetapi sembilan dibawa ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas.

Kejadian itu didakwa berpunca daripada seorang lelaki berusia 30-an yang cuba membuka pintu pesawat tersebut. – Agensi