95,150 Pati dihantar pulang ke negara asal

95,150 Pati dihantar pulang ke negara asal

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 95,150 pendatang asing tanpa izin (Pati) sudah dipindahkan semula ke negara asal bagi tempoh tiga tahun ini sehingga Mac lalu dan disenarai hitam dari memasuki negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, untuk rekod, bagi tahun 2023 seramai 38,978 orang tahanan dipindahkan semula ke negara asal.

Menurutnya, bagi tahun 2024, seramai 45,909 orang tahanan dipindahkan dan setakat 16 Mac lalu, seramai 10,263 orang tahanan dipindahkan semula ke negara asal.

“Kesemua individu yang dihantar pulang ini disenarai hitam dalam sistem JIM dan tidak dibenarkan memasuki semula Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Sementara itu, melalui Program Repatriasi Migran, bermula pada 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2024, jumlah mendaftar seramai 246,732 orang warga asing yang membabitkan sebanyak 115 negara,” katanya kepada Harian Metro.

Zakaria berkata, daripada jumlah itu, sehingga 23 Mac lalu, seramai 225,024 orang pulang ke negara asal mereka.

“Jumlah kutipan bagi program ini adalah sebanyak RM118,105,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top