Hanya 3 daripada 7 ahli keluarga tinggal di rumah

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 gelombang kali ini dilihat semakin menakutkan. Mana tidaknya, hari ini sahaja 14 kematian dicatatkan dengan 2,944 kes positif baharu direkodkan.

Dengan kes positif yang masih kekal 4 digit ketika ini, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa seluruh negara akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 kecuali negeri Sarawak.

Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial sebentar tadi, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zyxyo telah memuat naik ahli keluarganya yang sedang berjuang melawan virus tersebut.

Menurutnya, hanya tiga daripada tujuh ahli keluarganya yang masih bebas daripada pandemik ini. Khabar duka turut diterima oleh pemuda tersebut apabila abang iparnya meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sungai Buloh disebabkan Covid-19.

Dia juga menyertakan gambar adik-beradiknya yang dijemput menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat rawatan dan kuarantin.

Tambahnya lagi, dia berharap agar ibunya kuat memandangkan wanita itu terpaksa melihat satu demi satu ahli keluarga disahkan positif wabak maut ini.

Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik tersebut, rata-rata warganet telah tampil mengucapkan salam takziah buat pemuda itu dan berharap agar ahli keluarganya terus tabah menerima ujian ini.

Mereka juga sempat menitipkan doa agar Zyxyo dan ahli keluarganya lekas sembuh dan dapat berkumpul semula.

 

Sumber : ohmymedia

 

Malay News

Social Media Updates

Scroll to Top