PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1 – Utusan Digital

PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1 – Utusan Digital

PETALING JAYA: Petaling Jaya (PJ) City meraih kemenangan sulung dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan pasukan Liga Perdana, Kelantan FC dengan 3-1, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium MBPJ, tuan rumah membuka jaringan menerusi penyerang Darren Lok pada minit ke-10 sebelum Kogileswaran Raj menambah derita Kelantan FC, sembilan minit berselang.

Begitupun, Kelantan mula merapat jurang apabila sepakan bebas Christos Intzidis menerjah ke gawang gol PJ City pada minit ke-36.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok kemudian melengkapkan kemenangan PJ City 3-1, sembilan minit sebelum tamat.

Kejayaan tersebut membolehkan skuad bimbingan P. Maniam menaiki tangga kedua Kumpulan D dengan empat mata selepas tiga perlawanan, manakala JDT kekal mendahului carta (9 mata).

Scroll to Top