Setiap perkahwinan pasti mengharapkan agar pasangan kita akan ada sentiasa bersama dalam keadaan suka dan duka. Walau bagaimanapun, ramai juga pasangan suami isteri terpaksa berjauhan dengan menjalani perkahwinan jarak jauh atas tuntutan kerja.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aisyah Raz apabila memuat naik satu video momen kembali bertemu dengan suami tercinta selepas 11 bulan berjauhan disebabkan kerja.
Dia yang bekerja sebagai jururawat telah ditugaskan ke salah satu pusat perubatan di Arab Saudi dan perlu menempuhi PJJ bersama suami ketika usia pernikahan baru saja beberapa bulan.
@___________ra Saya nagis abg pun nagis , sakit rindu tu allah je tahu. Setelah 11 bulan, terima kasih tunggu sy abg❤️
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat mereka berdua menangis berpelukan kerana begitu merindui antara satu sama lain selepas hampir setahun terpisah jarak.
Suaminya yang setia menanti ketibaan isteri tercinta di lapangan terbang juga turut memberikan sejambak bunga bagi menjemput bidadarinya yang pulang dari jauh.
@___________ra ❤️ILOVEYOU
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat pasangan ini yang akhirnya bertemu semula.
Ada juga yang berkongsi momen sama apabila terpaksa melalui PJJ atas tuntutan kerja dan berharap mereka juga akan dapat bersama dengan pasangan masing-masing dikemudian hari.
Sumber: TikTok @RRA