Biasanya, wanita yang bekerja akan diberi cuti selama 3 bulan jika mereka melahirkan anak. Sepanjang cuti tersebut, sudah tentu bonding antara ibu dan anak akan terjalin kerana setiap perkembangan mereka akan dapat dilihat dengan mata sendiri.
Hal ini dirasai sendiri oleh ibu kepada tiga orang anak kembar apabila menghabiskan masa selama 3 bulan bersama bayi-bayinya sehinggalah terpaksa menghantar anak ke Taska kerana perlu kembali bekerja.
Menerusi TikTok Triplet.syera, pada awalnya dia terlihat ceria sewaktu mahu menghantar bayi-bayinya dan video tersebut dirakam oleh suami sebelum bergerak ke Taska.
Namun selepas menyerahkan bayi-bayi ke pengasuh, tiba-tiba sahaja wanita berkenaan tidak dapat mengawal emosi apabila menangis di dalam kereta.
@triplet.syera
Situasi tersebut membuatkan ramai pihak turut sama berasa sayu kerana memahami perasaan ibu-ibu yang terpaksa berpisah dengan anak untuk bekerja memandangkan sejak lahir belum pernah berenggang lagi.
Bagi memujuk semula emosi isterinya, suami kepada wanita tersebut telah membawa bidadarinya keluar makan untuk mengembalikan keceriaan setelah menghantar anak ke Taska.
@triplet.syera Reply to @jamiejez kami pon macam tu,, tak shabar nk amik triplet.. ðŸ¤
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TikTok @triplet.syera.
Ada juga diantara mereka yang berkongsi situasi sama terpaksa melepaskan anak ke tempat pengasuh disebabkan tuntutan kerja dan faham bagaimana perasaan seorang ibu ketika itu.
Sumber: TikTok @Triple.syera