Rezeki tersangkut dek PKP, pemilik ‘travel’ agensi gagah bangkit semula dari badai!

Rezeki tersangkut dek PKP, pemilik ‘travel’ agensi gagah bangkit semula dari badai!

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 tahun lalu, sektor pelancongan menjadi antara industri paling terjejas.

Disebabkan, pergerakan orang ramai terbatas serta ketiadaan pelancong menyebabkan penggerak industri terpaksa mengecilkan saiz operasi, bahkan ada yang terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mampu menanggung kerugian.

Aminah Mad Zahala, merupakan Pengarah Urusan Grand Dive Travel & Tours Sdn Bhd yang telah diusahakan sejak 2018 lagi, berkongsikan pengalaman setelah hampir dua tahun mengalami episod suram penangan dari pandemik Covid-19,

Pemilik pusat peranginan di daerah Semporna, Sabah ini bangkit semula demi kelangsungan hidup dan titik peluhnya.

Walaupun masih lagi mengambil masa, namun Aminah tetap positif dan yakin bahawa sektor pelancongan terutamanya di daerah berkenaan bakal putih seperti dahulu.

Tambahan pula, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif sebagai usaha merancakkab semula industri pelancongan termasuklah mewujudakan gelembung perjalanan yang sudah semestinya bakal memberi manfaat kepada pengusaha dan pemain industri.

“Dengan semangat dan tekad baharu, kami juga tidak mahu ketinggalan dalam memberikan perkhidmatan terbaik, selain menawarkan pakej promosi percutian mampu milik kepada pelancong.” Jelas Aminah.

Tidak hanya duduk diam sepanjang beberapa peringkat pelaksanaan PKP di Sabah, Aminah mengambil peluang menaik taraf beberapa kemudahan dan bilik di Grand Dive Travel & Tours Sdn Bhd.

Bahkan, dia turut membina dua unit chalet tambahan empat bilik demi keselesaan pengunjungnya.

Merupakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), berbekalkan pakej dengan pakej promosi serendah RM150 hingga RM200 untuk bilik penginapan termasuk makan dan minum selain aktiviti seperti menyelam, ‘island hopping’, snorkeling dan berkayak, pasti mampu memuaskan pengunjung yang melanggan khidmatnya.

Buat pasangan yang mahukan percutian berbulan madu sambil merehatkan minda, Grand Dive Travel & Tours bakal menyajikan suasana percutian romantik berhiasakan kecantikan matahari terbenam.

Bagi keselamatan pengunjung serta para pelancong, rondaan secara berkala dilakukan oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), yang sentiasa memantau pusat-pusat peranginan di daerah Semporna dari sebarang ancaman luar.

 

Scroll to Top