Kehilangan orang tersayang disebabkan kemalangan sememangnya sangat menyakitkan. Mana tidaknya, mereka yang pada awalnya bergelak ketawa dengan kita tiba-tiba sahaja sudah tidak bernyawa lagi.
Hal ini samalah dirasai oleh seorang pemuda yang memuat naik satu video di aplikasi TikTok dengan mengenang semula pemergian dua orang adiknya disebabkan kebakaran rumah.
Pemuda yang menggunakan nama akaun @imanmuqriz47 ini telah memuat naik beberapa momen bersama adik-adik perempuannya sebelum kejadian tidak diingini tersebut berlaku.
@imanmuqriz47 Kalau lah masa boleh diputarkan balik 😉 . Al-fatihah buat adik adik abang🥰❤️
Sama sekali tidak menyalahkan takdir yang telah berlaku, @imanmuqriz47 hanya meluahkan rasa ralat diatas pemergian tersebut memandangkan ketika kejadian dia tidak ada di rumah.
Walaupun kejadian tersebut telah dua tahun berlalu, ingatannya terhadap adik-adik tersayang masih utuh dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan allahyarham di alam sana.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda berkenaan telah tular dan mendapat perhatian ramai setelah ditonton lebih dari 800 ribu orang di TikTok.
Rata-rata menzahirkan rasa dukacita dan mendoakan agar roh allahyarham adik-adik pengguna TikTok itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menegur sesetegah pihak yang mempertikaikan perkataan ‘kalau’ digunakan oleh pemuda tersebut bagi meluahkan rasa ralatnya.
Pengguna TikTok itu juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menitipkan pesanan untuknya terus kuat dan penghargaan kepada mereka yang sudi menyedekahkan al-Fatihah untuk adik-adiknya.
Sumber: TikTok @imanmuqriz47