PETALING JAYA: Penyanyi yang juga anggota kumpulan Exists, Ezad Lazim cemas selepas menerima satu mesej yang menawarkan pekerjaan sebagai ‘anak ikan’ atau gigolo.
Ezad yang tidak menyangka dengan apa yang diterimanya itu sempat berkongsi kandungan mesej tersebut di Instagramnya.
“Zaman-zaman ekonomi terkesan ini masih ada peluang pekerjaan yang lumayan.
“Wow… siapa yang WhatsApp aku ni. Macam tahu-tahu sahaja tengah tak ada job (pekerjaan),” tulisnya berseloroh.
Ezad bagaimanapun tidak mengenali individu yang menghantar mesej tersebut.
Mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu antara lain menawarkan bayaran lumayan antara RM30,000 hingga RM40,000 dengan syarat perlu melayan kehendak seksual wanita umur pertengahan dan lanjut yang bergelar Sugar Mummy.
“Salam, helo. Adakah anda ingin melakukan hubungan dengan kami yang menghubungkan anda dengan mummy gula (Sugar Mummy) yang akan membayar anda RM30k hinggan RM40k setiap malam jika anda dapat memuaskan mereka secara seksual,” tulis individu tidak dikenali tersebut.
Perkongsian Ezad ini menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menulis di ruangan komen.
Antaranya seorang pengguna IG yang memberitahu turut menerima mesej yang sama menerusi WhatsApp.
“Hahaha, baru sahaja dapat tadi pagi. Saya report (laporkan) dan block (sekat) terus,” komen jayryker_. -UTUSAN ONLINE