Cabaran seterusnya buat mangsa-mangsa banjir ketika ini adalah untuk membersihkan segala selut dan lumpur yang masuk ke kawasan kediaman setelah air mulai surut.
Selain daripada kediamanan, rumah-rumah ibadat juga menjadi lokasi yang harus diutamakan dan pasti khidmat para sukarelawan sangat diperlukan.
Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @rajean0810, dia dan beberapa rakannya telah bergotong-royong membersihkan masjid di Klang.
@rejean0810 #MisiBantuanBanjir#KerjaPembersihanMasjidDiKlang#KitaPrihatin#BangsaMalaysia#WeCare
Pemuda-pemuda berbangsa India itu dilihat bersungguh-sungguh membersihkan lantai masjid dan sempat membuat video TikTok aktiviti yang sedang dilakukan menerusi Misi bantuan Banjir.
Tindakan sekumpulan pemuda berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sama-sama membersihkan masjid dan beberapa lagi kawasan yang telah dilanda banjir.
pengguna media sosial juga berasa kagum dan gembira dengan tindakan semua bangsa di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan yang sama-sama mambantu mangsa-mangsa banjir baik ketika kejadian ataupun pasca bencana.






Sumber: TikTok @rejean08010




