Pemilik kilang terjejas banjir guna enam dron bantu mangsa lain

Pemilik kilang terjejas banjir guna enam dron bantu mangsa lain

KUALA LUMPUR – Banjir kilat yang berlaku di sekitar Lembah Klang sejak seminggu lalu susulan hujan lebat berterusan sejak Khamis mengakibatkan kerosakan harta benda, kediaman hanyut dan kehilangan nyawa.

Bersimpati dengan apa yang berlaku, syarikat pengeluar produk pencucian serba guna jenama Bieu Argile iaitu Eco Eschroll Sdn. Bhd. tampil menghulurkan bantuan kepada  mangsa banjir.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Ammar Aiman Samsul berkata, kilang produksi produk itu yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam turut terkesan dengan bencana banjir tidak menghalang usaha mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami sedih dengan apa yang berlaku dan dengan sedikit barangan yang masih selamat, kami sumbangkan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda (Shah Alam), Kampung Sri Aman (Puchong) dan Hulu Langat.

“Penduduk yang terbabit dalam bencana alam itu terpaksa mengggunakan banyak bahan pencuci bagi membersihkan kediaman mereka, mencuci perabot, pakaian dan pinggan mangkuk yang masih boleh digunakan.

“Produk pencucian Bieu Argile diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu enzim air tanah liat dan tanpa bahan kimia. Ia selamat digunakan dan tidak menyakitkan tangan dan alam walaupun digunakan pada kuantiti yang banyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kilang Bieu Argile yang terkesan dengan bencana banjir tidak menghalang usaha mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Ammar bersama pasukannya juga menyumbangkan bantuan makanan di kawasan yang terjejas teruk seperti di Taman Sri Muda dengan menghantarkan  makanan menggunakan dron.

“Enam dron membawa makanan ‘diterbangkan’  kerana orang ramai tidak boleh masuk ke sana dan kenderaan tidak boleh lalu kerana paras air tinggi.

“Ketika banjir kilat berlaku ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung selama dua hari tanpa makanan dan minuman,” katanya.

Ammar menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik untuk terus membantu mangsa banjir ini sehingga pulih melayari kehidupan baru.

“Sedikit yang kita sumbangkan memberi makna besar buat mereka.

“Dari semasa ke semasa, pihak kami akan terus menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir sambil berharap keadaan akan pulih seperti sedia kala,” katanya.

Produk penjagaan rumah Bieu Argile adalah produk tempatan yang dibangunkan secara dalaman melalui penyelidikan dan pasukan pembangunan dengan sokongan daripada SIRIM menggunakan Enzim Air Tanah Liat dicampur dengan bahan semulajadi dan mesra alam.

Bieu Argile mengeluarkan produk pencucian serba guna yang mampu milik, selamat dan tidak memudaratkan persekitaran serta manusia tanpa mengorbankan keupayaannya untuk menghilangkan kotoran degil dan menghapuskan bakteria.

Produk ini baru saja  dilancarkan pada November lalu dan boleh dibeli melalui Master Dealar sahaja. – MalaysiaGazette

Scroll to Top