Atlanta: Gara-gara hendak meraih populariti tinggi di Instagram, seorang influencer di Georgia, Amerika Syarikat (AS)sanggup membuat rakaman penstriman langsung menganiaya anjing peliharaannya.
Brittany Johnson membuat penampilan dalam video menunjukkan dia mencederakan haiwan baka Jack Russell Terrier berusia enam bulan yang bernama Max itu.
Dalam rakaman video yang tular itu, Johnson dilihat menyembur mata haiwan itu menggunakan minyak wangi, memiat telinga serta mendakwa mematahkan kaki anjing itu.
Malah, tanpa memikirkan natijahnya dia berkongsi kematian anjing itu, Khamis lalu hingga membangkitkan kemarahan ramai.
Selepas perkongsian itu tular, polis menahan Johnson atas dakwaan menganiaya haiwan dengan kejam.
“Anjingnya masih hidup.
“Anjingnya itu akan dihantar ke pusat khidmat pemeliharaan haiwan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh veterinar.
“Dia tidak dibenarkan memelihara sebarang haiwan sehingga kesnya selesai,” kata Jabatan Polis DeKalb seperti dipetik portal Insider.
Johnson mula mencipta nama di media sosial sejak 2016 dan dikenali gemar mencipta kontroversi untuk meraih ramai pengikut.
Sumber- Agensi
Malay News
World Desk



