Zaman sekarang ni, segelintir pasangan bercinta sudah kurang rasa sifat malunya. Kalau boleh, semua benda mahu ditayang termasuk perkara haram seperti berpelukan atau berpegangan tangan.
Seolah-olah bingung dengan trend berkenaan, seorang gadis dipercayai berbangsa Cina ini mempersoalkan perbuatan bebas itu terutama kepada golongan lelaki yang beragama Islam.
@yyan02_ Mohon terasa. #tiktokmalaysia #fypシ
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, @yyan02_ menghasilkan reaksi wajah ‘terkejut’ dengan memberikan contoh situasi apabila seorang lelaki bertindak memegang tangan bukan mahram.
“Dekat IC (kad pengenalan), lelaki Islam. Tapi jumpa-jumpa terus pegang tangan. Susah sangat ke nak hormat wanita?,” tulisnya menerusi video berdurasi tujuh saat itu.
Menurut @yyan02_, teguran itu ada bersifat terbuka selain mengakui bukan mahu memihak kepada wanita sahaja namun golongan tersebut sering menjadi mangsa keadaan sehingga berlaku gangguan seksual.
Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi berhubung teguran itu dimana rata-rata menyifatkan ia ‘setepek’ terkena kepada golongan lelaki ‘gatal’ yang tidak mengambil kisah soal hukum agama.





Sumber: TikTok @yyan02_




