Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki dibaringkan dan dimandikan seperti jenaah oleh beberapa individu seakan jemaah masjid.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jllmisai, lelaki tersebut didakwa mencuri tabung masjid dan tertangkap sebelum dibaringkan.
Dapat dilihat yang tubuh lelaki itu dilumur dengan kapur barus dan seorang jemaah menutup mukanya dengan kain.
Kes curi tabung masjid katanya.. Lokasi belum tahu dimana.. pic.twitter.com/3ioox66kNJ
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) January 11, 2022
Dalam keadaan panik, lelaki berkenaan terlihat cuba bangun dan melarikan diri namun imam yang berada di situ menyiramnya dengan air.
Video yang berdurasi 25 saat itu telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi diterima di ruangan komen. Ada yang menyokong tindakan tersebut namun ada juga mempertikaikan mengapa tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa memandangkan perlakuan lelaki itu adalah satu jenayah.





Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berkenaan lokasi kejadian dan bila ia berlaku.
Sumber: Twitter @jllmisai




