PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sumbangan RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai sokongan terhadap pembangunan sukan itu di negara ini.
Menurutnya, sasaran utama Pelan Hala Tuju F:30 bertujuan menjadikan pasukan bola sepak negara sebagai salah satu daripada lima pasukan terbaik di Asia menjelang tahun 2030.
“Ia hanya mampu dicapai dengan syarat pucuk pimpinan FAM sentiasa menambah baik hala tuju dalam tempoh 12 tahun dari masa ke masa dan tidak lari daripada objektif asal mereka,” katanya dalam ucapan majlis pecah tanah Ibu Pejabat FAM, dekat sini pada Isnin.
MENYUSUL




