Perkahwinan aktivis kemanusiaan yang juga selebriti terkenal, Datin Seri Heliza Helmi dengan usahawan berjaya, Datuk Seri Mahadi sememangnya masih menjadi sebutan ramai.
Selepas beberapa kali resepsi diadakan, pasangan merpati dua sejoli ini sekali lagi bersanding di atas pelamin dengan di hadiri kenalan dan juga ahli keluarga.
Apa yang menariknya, persandingan kali ini telah mendapat tajaan sepenuhnya dari penyanyi yang kini mengusahakan perniagaan pakej perkahwinan, Mila Jirin.
Selepas dua hari majlis berkenaan berlangsung, Mila telah menceritkan mengapa dia tergerak hati untuk menaja persandingan sahabatnya tempoh hari.
Menurut pelantun lagu Persis Mutiara itu, dia akui Heliza banyak mendoakannya lebih-lebih lagi ketika perniagaan yang dijalankan menghadapi dugaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
Tambah Mila, aktivis kemanusiaan berkenaan tak pernah putus mendoakannya dan membantu mempromosikan perniagaan Bizmilla tanpa sebarang bayaran.
Disebabkan itu, Mila dengan senang hati menghadiahkan pakej perkahwinan kepada sahabatnya itu walaupun berkali-kali ditolak oleh Heliza serta pasangannya kerana enggan menyusahkan.
Walau bagaimanapun, Heliza dan Mahadi akur serta sudi menerima hadiah tersebut dari seorang sahabat kerana nilai persahabatan mereka yang terjalin lebih 15 tahun lebih bermakna.

Sehubungan dengan perkongsian Mila di Instagram peribadinya itu, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa kagum dengan persahabatan mereka yang sangat erat.
Mereka juga terharu dengan persahabatan yang saling menyokong sejak masing-masing berada di dalam program realiti TV iaitu kira-kira 15 tahun lalu.




Sumber: Instagram mila_jirin, nurhelizahelmi




