Agong dibenar keluar IJN hari ini

Agong dibenar keluar IJN hari ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan, Seri Paduka dibenarkan keluar dari IJN pada jam 11.30 pagi tadi selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan sejak Sabtu lalu.

Pada Ahad lalu, Ahmad Fadil menerusi satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu adalah berkaitan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh Seri Paduka di IJN pada 24 September lalu.

Menurutnya, intervensi itu dibuat selepas Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah ketika bersukan. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top