HONG KONG: Berpuluh-puluh kedai haiwan peliharaan yang menjual hamster di Hong Kong mungkin meneruskan perniagaan mulai hari ini, kata kerajaan Hong Kong.
Perniagaan haiwan peliharaan itu ditutup minggu lalu dan beribu-ribu dimusnahkan berikutan kebimbangan penularan coronavirus.
Tindakan pihak berkuasa itu menimbulkan kemarahan pencinta haiwan peliharaan terutama apabila lebih 2,200 hamster dimusnahkan selepas wabak itu dikesan ke atas seorang pekerja di kedai yang mana 11 hamster diuji positif.
Hamster yang diimport dari Belanda ke wilayah China antara yang disebut sebagai sumber penyebaran wabak berkenaan.
Sehingga kini, semua import hamster ke negara bekas jajahan British itu kekal diharamkan.
Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan bandar itu dalam satu kenyataan semalam menyatakan mereka mengumpul 1,134 sampel daripada haiwan selain hamster termasuk arnab dan chinchilla, yang semuanya negatif.
Lima kedai, termasuk kedai haiwan peliharaan ‘Little Bos’, yang mana tempat bermulanya wabak, tetap ditutup kerana mereka belum ‘lulus ujian virus’,” kata kerajaan.
“Semua kedai haiwan peliharaan lain yang berkenaan sebaliknya telah dibersihkan dan secara menyeluruh dan ujian saringan persekitaran yang dikutip dari kedai-kedai ini semuanya telah lulus ujian virus COVID-19,” katanya.
Jumaat lalu kerajaan memaklumkan akan memberi pampasan kepada pemilik kedai haiwan peliharaan yang menjual hamster, menawarkan bayaran sekali bayar sehingga HK$30,000 (RM16,131).
Orang ramai yang telah membeli hamster dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang dijadikan haiwan peliharaan popular di bandar yang sesak itu – diarah menyerahkan haiwan peliharaan mereka untuk ujian saringan.
Kerajaan menggambarkan langkah itu sebagai ‘penghantaran berperikemanusiaan’.
Beribu-ribu orang menawarkan untuk mengambil hamster yang tidak dimahukan lagi ketika orang ramai membantah tindakan kerajaan dan penasihat wabak berhubung jangkitan yang anggap tidak rasional.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang belum menjalankan kajian semula, berkata penyelidik Hong Kong telah menemui bukti bahawa hamster haiwan peliharaan yang boleh menyebarkan COVID-19 dan mengaitkan haiwan itu dengan jangkitan manusia di bandar itu.
Bagaimanapun, kesan ekonomi dan psikologi daripada pendekatan tegas Hong Kong membendung virus itu semakin meningkat dengan cepat.
Penduduk, menyifatkan tindakan itu kejam berbanding yang pertama kali dikuatkuasakan pada 2020. – REUTERS
© New Straits Times Press (M) Bhd




