Serikandi BERSATU serah 15 nama calon

Serikandi BERSATU serah 15 nama calon

saadiah_ismail@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Srikandi BERSATU sudah menyerahkan 15 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Harun, berkata calon yang disenaraikan itu diharap dapat diberi peluang oleh pucuk pimpinan untuk dipilih mewakili parti.

“Senarai semua calon wanita sudah diberikan dan terserah kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Namun saya percaya wanita akan diberi ruang dan peluang sewajarnya,” katanya selepas menyantuni OKU Persatuan Kebajikan Chen Ai sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata walaupun dasar kuota wanita sama ada dalam parti politik, agensi dan sebagainya adalah sebanyak 30 peratus, sayap berkenaan tetap mahukan lebih ramai wanita dalam barisan kepimpinan.

PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top