Ayam pencen ganti ayam segar

Ayam pencen ganti ayam segar

bhnews@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Kekurangan bekalan ayam segar di beberapa pasar utama di negeri ini memaksa pengguna beralih kepada ayam pencen atau ayam tua.

Ayam pencen yang dijual pada harga RM8 seekor menjadi pilihan utama berbanding ayam sejuk beku.

Tinjauan di beberapa pasar utama termasuk Pasar Chabang Tiga mendapati ayam pencen menjadi pilihan selepas ayam segar habis dijual.

Seorang peniaga ayam, Rosshidawani Ruslee, 36, dari Kampung Kubang Parit, di sini, mengakui bekalan ayam segar berkurangan dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Katanya, ayam segar dijual pada harga RM8.90 sekilogram (kg).

“Kami hanya memperoleh ayam segar daripada pemborong antara 50 dan 80kg sehari sedangkan pesanan dibuat sebanyak 150kg.

“Kami tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap seperti pengendali dewan makan asrama sekolah dan beberapa restoran,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di sini, hari ini.

Rosshidawani berkata, jualan ayam segar juga terpaksa dihadkan dua ekor untuk setiap pelanggan.

“Jika bekalan ayam segar yang dijual kehabisan, ayam pencen menjadi pilihan utama pelanggan,” katanya.

Tasya mengakui sejak berlaku krisis kekurangan ayam segar lebih satu minggu lalu, ayam pencen mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Kami terpaksa membuat tempahan antara 100 serta 120 ekor ayam pencen sehari,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top