SEKARANG kita berada di akhir zaman. Zaman yang penuh dengan cabaran yang menggugat keimanan. Zaman orang baik dihina orang jahat disanjung dan dijulang.
Advertisement
Nabi S.A.W mengingatkan:
سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ؛ يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ، ويخَوَّنُ فيها الأمينُ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامةِ
“Akan tiba pada manusia tahun yang penuh dengan kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara. Ada orang bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Nabi menjawab, Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.”
(Ibnu Majah)
Hadis ini menerangkan bahawa pada masa akan datang dunia penuh dengan penipuan dan tipu daya.
Ini berlaku apabila orang yang berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar ditolak dan didustakan.
Ia zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada pengkhianat sebaliknya mereka yang amanah pula dikhianati.
Mudah-mudahan umat Islam dapat mengambil pengajaran daripada Hadis ini dalam membuat pilihan ketika memilih pemimpin negara dan negeri.
YB USTAZ SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL-HAFIZ
ADUN Jengka – HARAKAHDAILY 7/2/2022
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=304435918371610&id=100064156115302





