Penganiayaan terhadap haiwan memang selalu kita dengar. Walaupun kadangkala sesetengah haiwan ini melakukan kerosakan, namun jika mahu menghalaunya rasanya tidak perlu sehingga menzalimi.
Hal ini susulan tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial kepada satu akaun Twitter menunjukan tindakan biadap individu tidak bertanggungjawab yang memberikan dadah kepada seekor monyet.
Video kat reply pic.twitter.com/QvSqNXYMbe
— Kaunter Aduan (@pedoqpop) February 8, 2022
Dalam video berkenaan, dapat dilihat individu biadap itu dengan bangga menunjukan dadah yang diberikan kepada monyet tersebut sehingga haiwan itu berada dalam keadaan ‘lalok’.
Monyet, tersebut juga berjalan dalam keadaan tidak betul kesan daripada dadah yang diberikan.
Menurut pelapor video itu lagi, dadah yang diberikan kepada monyet berkenaan juga jenis yang merbahaya kerana jika digunakan oleh manusia, ia boleh mendatangkan sakit kepala yang kuat.
Susulan daripada perkongsian berkenaan, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan dengan menganggap tindakan tersebut sangatlah keterlaluan.
Mereka juga meminta pihak berkuasa menyiasat hal tersebut kerana individu itu bukan hanya menganiya binatang tetapi turut memiliki dadah jenis merbahaya.



Sumber: Twitter @pedoqpop




