Amira calon MUDA Puteri Wangsa

Amira calon MUDA Puteri Wangsa

bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menamakan Amira Aisya Abd Aziz, 27, sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada 12 Mac depan.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemilihan Amira selaras aspirasi parti itu untuk menampilkan pimpinan muda, aktif berkhidmat dan sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil untuk orang Johor.

“Amira Aisya ialah Setiausaha Agung MUDA dan fokus MUDA untuk memastikan negeri Johor bangkit sebagai sebuah negeri yang maju dan berjaya.

“Calon MUDA yang lain akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” katanya, di sini hari ini.

Amira ialah pengasas bersama MUDA dan anak kelahiran Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru.

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sultan Ibrahim Girls School, Johor Bahru dan kemudian meneruskan pengajian undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top