Hadir majlis nikah Zulin Aziz, penampilan anggun Sherry Alhadad raih pujian

Hadir majlis nikah Zulin Aziz, penampilan anggun Sherry Alhadad raih pujian

Majlis pernikahan selebriti, Zulin Aziz, 33 dengan pasangannya Farhan Norzaini pagi tadi di Masjid Negara berjalan dengan lancar.

Para hadirin yang datang juga benar-benar terhad dan hanya ahli keluarga serta sahabat dekat sahaja yang berada di lokasi pernikahan.

Namun, kelibat pengacara terkenal, Sherry Alhadad telah mencuri tumpuan ramai yang ayu bertudung dan memakaiĀ  jubah berwarna merah jambu.

Mana tidaknya, ramai yang hampir tidak mengenali Sherry memandangkan dirinya yang kian langsing dan ditambah seri ketika hadir dengan memakai tudung.

Pengacara program Big Stage itu mengambil peluang bergambar bersama pasangan pengantin dan memuat naik ke laman Instagramnya dengan mendoakan agar mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagram Sherry telah dihujani dengan komen-komen memuji penampilan selebriti berkenaan yang sangat cantik sekarang.

Mereka juga mendoakan agar selepas ini giliran Sherry pula bertemu jodoh yang sesuai dan sempat mengucapkan tahniah kepada Zulin Aziz serta pasangan diatas pernikahan tersebut.

Ā 

Ā 

Sumber: Instagram Sherry Alhadad

Scroll to Top