Lebih separuh katil ICU di Putrajaya digunakan

Lebih separuh katil ICU di Putrajaya digunakan

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lapan negeri mencatatkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus, sehingga semalam.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penggunaan katil ICU paling tinggi dilaporkan di Putrajaya iaitu mencecah 67 peratus, diikuti Kuala Lumpur dengan 65 peratus.

Beliau berkata, negeri lain yang mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus ialah Johor dan Melaka yang masing-masing mencatatkan penggunaan sebanyak 63 peratus, Kelantan (58 peratus), masing-masing 55 peratus di Perlis dan Selangor serta Sabah (65 peratus).

Bagi katil bukan ICU, terdapat sebanyak 12 negeri mencatatkan penggunaan 50 peratus, iaitu di Kelantan dengan 94 peratus, Kuala Lumpur (94 peratus), Perak (90 peratus), Putrajaya (86 peratus), Selangor (81 peratus), Perlis (78 peratus) dan Pahang (73 peratus).

Selain itu, Johor dengan 66 peratus, Terengganu (62 peratus), Pulau Pinang (60 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (52 peratus), manakala hanya satu negeri mencatatkan penggunaan 50 peratus bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu di Melaka dengan 60 peratus).

Dalam pada itu, katanya, bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, penggunaannya meningkat kepada 213 pesakit dan peratusan penggunaannya 36 peratus, jumlah itu daripada keseluruhan untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top