Gempa bumi magnitud 5.5 melanda utara Sumatera

Gempa bumi magnitud 5.5 melanda utara Sumatera

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia hari ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) pusat gempa ialah pada kedalaman 60 kilometer (km).

EMSC menyemak semula kekuatan gegaran selepas laporan pertama gempa bumi mencatatkan ukuran 6 pada skala Richter. – REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top