Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok mengenai seorang pemuda yang disaman oleh polis dan pada masa yang sama kuncinya tidak dipulangkan semula.
Insiden yang berlaku itu telah mendapat perhatian pengguna aplikasi tersebut, terutamanya reaksi yang diberikan olehnya.
@mankus66
Susahlah nak jumpa orang macam ni. Sudahlah disaman polis, malah selepas kuncinya diambil pun masih boleh ketawa.


Apa-apapun, jiwa lelaki tetap kental! Tak kisahlah jenis situasi yang dihadapi, seorang lelaki tetap boleh ketawa.

Tidak kurang juga ada yang menyuruh pemuda itu menggunakan niat jika tiada kunci motor.

Perkongsian video 16 saat itu telah menarik pelbagai reaksi pengguna.
Terdapat juga salah seorang daripada mereka menasihatkan supaya lelaki itu membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Sumber : TikTok ManKus




