Ramai berdekah tengok pengantin ‘pasrah’ dapat hadiah megi dari rakan2

Ramai berdekah tengok pengantin ‘pasrah’ dapat hadiah megi dari rakan2

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita apabila memberikan hadiah kepada rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga bagi meraikan hari bahagia mereka.

Walaupun pemberian tersebut bukanlah suatu kewajipan, namun ia tetap membuatkan pengantin berasa gembira dan mungkin juga pemberian berkenaan dapat membantu mereka memulakan kehidupan baru bersama.

Namun begitu, ada juga rakan-rakan yang memilih untuk bergurau dengan memberikan sesuatu hadiah yang ‘diluar jangka’.

Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun TikTok dikenali sebagai @axyraf_ apabila memuat naik kerenah rakan-rakan pasangan pengatin yang sedang duduk di pelaminan dengan memberi mereka sebungkus mi segera setiap seorang.

@axyraf_

Semoga doa kita dimakbul Allah aminn #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia

♬ Selamat Pengantin Baru 4 – Instrumental

Menurut kapysen yang ditulis, pengguna TikTok itu berseloroh dengan mengatakan yang pengantin perempuan suka makan mi segera, jadi masing-masing memberikan sebungkus mi segera pelbagai jenama dan perisa untuk pasangan tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan turut sama berasa terhibur melihat kerenah sahabat-sahabat pasangan pengantin itu.

Ada juga yang sama-sama berseloroh dengan memaklumkan yang mi segera itu sangat penting buat para isteri lebih-lebih lagi  ketika mood malas masak datang dan ramai juga yang menegur’ terperasan’ tangan pengantin lelaki penuh diberikan ‘sesuatu’ oleh rakan-rakannya.

Walau bagaimanapun, mereka dilihat gembira dan tertawa dengan kerenah masing-masing yang pastinya memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan tersebut.

Sumber: TikTok @axyraf_

Scroll to Top