Video gaduh tengok bola tular, wanita baling tong sampah kena ‘henyak’ tepi padang?

Video gaduh tengok bola tular, wanita baling tong sampah kena ‘henyak’ tepi padang?

Sejak malam tadi tular di media sosial terutamanya Twitter apabila terjadi satu pergaduhan melibatkan perempuan di tepi padang bola.

Video yang dimuat naik oleh akaun Twitter dikenali sebagai @RobotDuit telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai  spekulasi terjadi melibatkan insiden itu.

Dapat dilihat seorang perempuan membaling tong sampah ke arah sekumpulan lelaki sebelum ditenangkan oleh orang sekeliling dipercayai rakan-rakannya.

Tak lama selepas itu, ada beberapa orang lelaki telah datang menghampirinya dan salah seorang daripada mereka cuba menolak perempuan itu sehingga berlaku sedikit pergelutan.

Walau bagaimanapun, ada pihak mengatakan  kejadian tersebut berlaku disebabkan perempuan terbabit tidak tahan mendengar kata-kata kesat yang dikeluarkan penyokong lelaki buat pasukan lawan, sedangkan tiada kena mengena langsung dengannya.

Namun, disebalik video yang tular berkenaan, ada pihak yang sempat merakam momen tersebut dan memuat naik ke TikTok seolah-olah melaporkan kejadian yang berlaku.

 

 

Menjengah je ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai merujuk kepada video yang tular itu.

Ada diantara mereka tidak bersetuju melihat tindakan beberapa orang lelaki yang seolah-olah cuba mengasari perempuan tersebut.

Namun begitu, ada juga merasakan yang wanita berkenaan sepatutnya tidak berada dalam situasi yang sebegitu dan tidak membuat kekasaran terlebih dahulu kerana boleh membuatkan pergaduhan bertambah besar.

 

 

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut dan diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi kerana boleh mengganggu kelancaran pertandingan serta merosakan semangat kesukanan buat semua yang hadir menonton.

Sumber: Twitter @RobotDuit, TikTok @j0hndanial

Scroll to Top