Tak meroyan siap tersenyum, wanita upah jurugambar intip suami curang

Tak meroyan siap tersenyum, wanita upah jurugambar intip suami curang

Tidak semua wanita terus ‘naik angin’ apabila mendapat tahu si suami berlaku curang di depan mata. Ada juga mereka yang bertenang dan menyiasat terlebih dahulu sebelum memikirkan tindakan seterusnya.

Bagi seorang pengguna aplikasi TikTok @hannakyraz, dia mempunyai cara tersendiri untuk ‘mengantoikan’ kecurangan suaminya yang dilihat keluar berdua-duaan dari sebuah premis bersama wanita lain.

@hannakyraz

finally tupai tertangkap jgk! #foryou #foryoupage #rancakberdosaaa #fyp #fypdongggggggg #viral

♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Lebih menarik perhatian apabila dia mengupah seorang jurugambar profesional bagi merakam gerak-geri suaminya menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik semalam.

Difahamkan, rakaman berdurasi 14 saat itu pada asalnya dimuat naik seorang individu @ash_montblanc sehingga menjadi perbualan hangat dalam aplikasi berkenaan.

@ash_montblanc

Rancak! #foryou #rancakberdosaaa #fypdongggggggg #viral #fyp

♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Video tersebut memaparkan @hannakyraz di tempat duduk pemandu dalam kereta hanya tersenyum dari jauh sambil memerhatikan aksi suaminya dengan perempuan terbabit.

Jurugambar yang berada di tempat duduk belakang pula terus menjalankan tugas dengan sebaiknya supaya tidak terlepas momen-momen romantis dipaparkan lelaki berkenaan.

Ribuan warganet memenuhi komen pada posting asal yang kagum dengan tindakan ‘level up’ diambil si isteri sehingga mengupah jurugambar seolah-olah babak dalam drama Melayu.

Tidak kurang terdapat juga segelintir individu memuji kecantikan wanita itu, namun tetap tidak dihargai dan dipandang suami yang memilih untuk mencari orang ketiga.

@hannakyraz

🤯 #businesslife #fyp

♬ original sound – RYKO†††

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut adalah kisah benar atau konten semata-mata kerana @ash_montblanc juga dilihat sering terlibat di belakang tabir untuk produksi drama tempatan.

Sumber: TikTok @hannakyraz & @ash_montblanc

Scroll to Top