HONOR kembali membuat rakyat Malaysia terpegun dengan pelancaran lima produk serentak iaitu HONOR X9 5G, HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7 dengan slogannya ‘Ready to Go Beyond’ yang berkualiti premium.
Selain daripada telefon pintar, HONOR juga membawakan komputer riba kompak berkuasa kepada pengguna Malaysia, HONOR MagicBook 16.
Kesemua model siri HONOR X dilengkapi Android 11 dengan Google Mobile Services (GMS), serta didatangi dengan lanjutan tempoh jaminan setahun dan perlindungan skrin retak selama enam bulan untuk pembelian yang dibuat sepanjang tempoh pratempahan.
HONOR Malaysia juga menjanjikan pelanggan penebusan lanjutan tempoh jaminan setahun sebelum hujung bulan Jun yang membuktikan, keyakinan HONOR terhadap kualitinya, seiring dengan slogannya ‘Lagi Tahan Lagi Best’.
Siri HONOR X, kualiti yang menambat keyakinan pasaran
Pelancaran ini menunjukkan keyakinan HONOR menguasai pasaran dengan kualiti siri HONOR X melalui ujian kejatuhan HONOR X9 5G dari tempat setinggi satu meter.
HONOR X9 pula diuji dan lulus dengan cemerlang apabila didapati masih dalam keadaan baik selepas penggunaan selama tiga tahun.
Bukan itu sahaja, telefon pintar itu turut tidak menunjukkan sebarang tanda tahap kelajuan yang lambat walaupun selepas 36 bulan, sekali gus memberi jaminan kualiti terbaik kepada pengguna.
Dengan 600 standard kualiti berbeza meliputi setiap aspek reka bentuk, pembangunan, bahan, pengilangan dan kualiti lain, HONOR menjangkakan standard yang harus dicapai perlu selari dengan pengalaman pengguna.
Pengguna boleh lebih yakin dengan ujian HONOR Lab yang dilakukan melalui beberapa ujian seperti ujian tekanan ringan sebanyak 2,000 kali, ujian sesentuh pad 800,000 kali dan ujian tahan karat dengan semburan garam berterusan 24 jam.
Semuanya demi memastikan setiap satunya lulus cabaran pengeluaran.
HONOR tanda aras baharu teknologi estetik dan kualiti premium
HONOR mengambil pendekatan serius dalam soal kualiti, selain menetapkan standard tinggi untuk menghasilkan HONOR X9, HONOR X8, HONOR X7 dan HONOR MagicBook 16 namun dijual pada harga berpatutan.
Lebih membanggakan, siri HONOR Magic4 berjaya merangkul anugerah sebagai salah satu Telefon Pintar Android Mampu Milik Terbaik di Mobile World Congress (MWC) 2022.
Bahkan, jualan telefon pintar ini sangat laris di negara China, selari dengan matlamat HONOR untuk melangkah lebih jauh.
Siri HONOR X kini kembali ke Malaysia selepas dua tahun, cabaran untuk mengejar kualiti kini bukan sesuatu yang asing, memberi HONOR keupayaan menyesuaikan diri dan kekuatan dalam teknologi canggih.
Ganjaran terbaik semestinya hasil maklum balas pengguna demi permintaan berkualiti tinggi dalam Siri X yang hebat sama seperti telefon tahap mercu.
HONOR sentiasa mengambil kira pendekatan dua roda yang seimbang untuk kekal memihak kepada pengguna.
Satu roda untuk memahami trend dan memerhati maklum balas pengguna, manakala satu lagi roda untuk mengutamakan keperluan pengguna sambil berintegrasi dengan teknologi tercanggih.
Setiap pelanggan yang membuat pra tempahan HONOR X9 5G, HONOR X8 dan HONOR MagicBook 16 sekarang akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM516.
Sementara itu, HONOR MagicBook 16 pula menawarkan hadiah percuma sehingga RM1,585.
HONOR MagicBook 16 juga tersedia dalam pelan ansuran 0 peratus selama 24 bulan, nikmatilah kuasa kompak dengan hanya serendah RM5.88 sehari.
Pembelian HONOR X9 dan HONOR X7 boleh didapati bermula 14 April dan pembelian sebelum hujung bulan Jun layak menikmati lanjutan tempoh jaminan setahun bernilai sehingga RM109.
Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman rasmi HONOR.
© New Straits Times Press (M) Bhd



