Gadis menyamar jadi kembar masuk kerja, netizen luah kerisauan – “Nanti kantoi macam mana?”

Gadis menyamar jadi kembar masuk kerja, netizen luah kerisauan – “Nanti kantoi macam mana?”

Setiap keluarga yang mempunyai pasangan kembar pastinya akan dihiasi dengan keletah lucu yang dilakukan oleh mereka dalam kehidupan harian.

Ini kerana masing-masing mempunyai persamaan yang hampir ketara sehingga mampu menggelirukan ramai pihak, tidak kiralah di kalangan ahli keluarga sendiri ataupun masyarakat setempat.

Baru-baru ini, kecoh di laman TikTok apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Hana Syaira memuat naik video terpaksa menyamar bagi menggantikan pasangan kembarnya.

@hanasyaira

Bila last minit kembar ada hal kene settlekan. Kita jadi pengganti dia pergi office 😒😏 #fypシ #fypdongggggggg #foryoupage

♬ Feel My Rhythm – Red Velvet

Berdasarkan perkongsian video tersebut, gadis tersebut memberitahu dia menggantikan kembarnya masuk ke pejabat bagi menguruskan sesuatu urusan secara tiba-tiba pada hari tersebut.

Disebabkan wajah mereka saling tak tumpah, dia mengambil keputusan untuk menyamar buat sementara.

Selain itu, dia meluahkan kelegaan kerana rakan-rakan sepejabat kembarnya tersebut tidak dapat membezakan antara mereka berdua, meskipun mempunyai perbezaan kedudukan tahi lalat di bawah bibir.

Walau bagaimanapun, ia telah menimbulkan kerisauan di kalangan warganet kerana takut perkongsian video tersebut akan memberikan kesan tindakan disiplin dan tataterbit kerja sekiranya perbuatan tersebut diketahui oleh majikan kembar.

Selain itu, ada netizen mempersoalkan aktiviti yang dilakukan oleh gadis tersebut di pejabat kembarnya.

Biarpun begitu, terdapat netizen yang mempunyai pasangan kembar  turut mengakui pernah melakukan seperti mereka.

Sumber: TikTok @hanasyaira

Scroll to Top