Ervin tamatkan kemarau pingat emas

Ervin tamatkan kemarau pingat emas

PEMAIN golf negara, Ervin Chang meraih pingat emas buat kontinjen negara menerusi acara golf individu (lelaki) Sukan SEA Hanoi 2021, di Heron Lake Golf Course and Resort, pada Ahad.

Ervin mencatat Birdie pada ‘play-off’ ketiga selepas terikat tujuh di bawah par bagi mengesahkannya untuk meraih emas bagi acara berkenaan.

Kejayaan Ervin itu sekali gus menamatkan penantian kontinjen negara selama 20 tahun untuk meraih kemenangan bagi sukan golf di pentas Sukan SEA.

Untuk rekod, Ervin melakukan penampilan pertama pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Scroll to Top